WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Ahad, 24 Februari 2013

Perubahan Hidup

Mungkin sekarang tak mampu untuk aku berpaling ke belakang melihat kisah silam yang hampas dan buruk itu lagi.

Aku melangkah dan takkan berpaling

Maafkan aku teman, tiada lagi berkejaran tiada lagi berhiburan seperti dahulu

Kerna aku mahu berhibur di Syurga

Bukan niat ku mengatakan kamu dan kamu kotor dan jahat

Tapi hati ini yang mahu kan kebebasan yang terlampau sehingga aku lupa yang MAHA ESA

Terlupa akan DOSA, terlupa akan SEKSA AKHIRAT

Juga aku terlupa dua insan yang memandang aku penuh harapan, ABI UMMI ku

Aku terlupa akan kepayahan yang mereka tanggung

Aku tidak mahu ABI UMMI ku pergi meninggalkan dunia sebelum aku dapat manjakan mereka dengan sedikit kejayaanku

Aku tidak mahu ABI UMMI ku menanggung DOSA-DOSAKU

Sungguh pedih dan siksa tangisi kesalahan dan kealpaan aku dahulu.


Cebisan kata hatiku : AKU JUGA MAHU IKUT SERTA DALAM PERJUANGAN ISLAM :)