WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Ahad, 24 Mac 2013

Hujung semester empat

Ah, salam sejahtera ke atas kamu wahai saudara seislam ku.

24/3/2013

  Tarikh pengakhiran segala punca stress aku, even stress berat tak turun pun -_- Punca stress aku =  grouping work, drawing, people behaviors, mulut orang, kerja, report, assignment, friend (?), perangai aku yang kuat tersentuh.

  Huaa, semester ni aku ingat boleh heaven sikit sebab semester depan nak praktikal dah namun anggapan aku jauh tersasar berlari ke tengah pantai timur (?). Semester ni aku bulih kira lah berapa kali aku balik rumah peluk cium tidur bawah ketiak mak aku. 2 kali, wah banyak nya. SANGAT BANYAK! Rindu dah tahap kemuncak nak terkeluaq dari kepala otak aku.

  Apa-apa pun selepas berakhirnya pelajaran di dalam kelas mahupun diluar kelas, pasti ada yang menungu dengan kijamnya, PEPERIKSAAN atau orang kampung aku pangil EXAM. Well, I beranak kat Perthlis. :P

Apa yang "best" sem nih adalah study week aku atau pun MINGGU UNTUK BELAJAR (selama empat bulan hang masuk kelas hang buat apa? Err, bertakafur? boleh tara tuh?). Ditetapkan oleh pihak atas yang baik dan berbudi bahasa, EMPAT HARI JER STUDY WEEK AKU. takpe akukan genius. LAPAN paper boleh la cover empat hari. NO HAL =_=" 

  Lagi satu yang best sem ni, adalah main paper aku BUILDING CONCSTRUCTION, adalah diambil bersama dengan killer paper BUILDING LAW. Mungkin ramai yang tertanya mengapa budak building amek law, soalan itu jua pernah terlontar melontar2 didalam pemikiranku. JAWAPANNYA senang hang nak saman orang. Dapat duit. -_- Terima kasih kerana memberi aku peluang mengambil dua paper yang membaca dan menghafal pada hari yang sama. Aku bersyukur.

  Yang penting sekarang ialah belajar dan stop mengakses internet buat sementara waktu. (la ni hang duk buat apa cik bee oit ?!! membaca bukukah atau sedang membaca blog seorang vlogger terkenal?)

  p/s: Semoga Allah memudahkan perjalanan jihadku dalam medan ilmu ini.  :)