WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Sabtu, 25 Ogos 2012

Raya Lalalala~

Muka kekenyangan ya :)

 Hai dan selamat malam. Ohoi, panas malam ni.=;=" Raya yang keenam dan masih belum terlambat kalau aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin. (Tarik nafas dalam2). Sepanjang Ramadhan dan seminggu Syawal ini berlalu, banyak suka duka yang berlaku. Mari dengar aku cerita satu persatu:

Mercun:
Ada yang cakap benda ni wajib bal ghunnah ada masa menyambut malam pertama Syawal ada yang mengatakan membazir ibarat membakar duit kertas sendiri. Hehehe, apa2 aku beli la jugak, tapi bukan yang membahayakan kesihatan la, aku fikir macam tuh la. Aku beli bunga api, mercun yang panjang yang tembak banyak kali uh, mercun lebah, mercun gasing, mercun mancis dll. Penat aku mengingatnya. So dengan mulaan bacaan Bismillah, aku cucuh la mercun tuh, sekali dia punya api  kena tangan daa. Mula tak lah sakit sangat, tapi lelama jadi bengkak. Mengelabah la cari minyak, nasib surut. Tapi semua itu tak mematahkan niat untuk menyambung permainan huhuhu XD

Baju raya,tudung raya,kasut raya:
Hehehe, yang ni agak kelakar. Memula mencari di Taiping Sentral Mall. Cari punya cari takde yang berkenaan. Sampai satu butik ni, aku nengok baju nyer takde la jenis kain mahal mana pun, manik pun kat leher je. So dalam mind, tak lebih dua ratus ni. Ok berlagak la mene-try kan baju uh, sekali nak bayar RM289, erk mana tak mengelabah, Ummi cakap amek jela setahun sekali je pun, Aku cakap: Eek, banyak lagi barang nak beli ummi, cancel. Cari kedai lain. Mencarut makcik kedai uh. Pedulik pulak aku, lainkali letak tanda harga, hahah I'm constumer ok! Dan terus kan misi cari lagi, akhirnya jumpa dekat First Lady Tesco Taiping. Uh murah sangat dengan less bagai. RM69. Hahaha, bayangkan kalau aku beli yang RM289 uh, aduhh. Aku ni memang berkira, nak yang murah je BUT THE QUALITY MOST IMPORTANT.
Baju yang kedua, me-round sakan kat Jitra, hehehe. Jumpa yang berkenaan main amek je, dah malas nak mencari dengan badmood je bagai. So total kos pakaian raya aku, RM260+++. Jimat duit mak aku dan pak aku. :)

Kuih raya:
Beli kat member kat U je pun, shortbread, Ummi aku beli masa kat Jitra Samperit ng Chocolate apantah :D. Semuanya tunjuk2, dari Ummi sampai ke anak no3, masing2 tak tau nak buat kuih raya. Hahaha. Nanti terbuka kot pintu hati ni nak buat kuih raya,Kot jelaaaa.

Closehouse:
Member pakat nak mai rumah, takyah laa. Tahun ni closehouse bukan openhouse. Beraya sakan aku ng FAMILY aku. Tahun depan, In Shaa Allah, ada rezeki terbukalah kot rumah ni. :D

Duit raya:
Yang ni aku sedih nak cerita, geram dan lain lain lagi. Aduiii, tak sampai seratus pun duit raya aku ni pun. Hehehe. Makcik2 semua taknak bagi sebab aku dah besar. Adui, nanti aku dah kahwin bebudak kecik memang aku takkan bagi duit raya ah, aku bagi yang besar ja. Kesian oohh yang sebaya dengan aku ni. Dapat ciput. Yang mana dapat banyak uh, Alhamdullilah laa. Korang rezeki murah. Hehe. Aku tak menjadik la nak ke Tambun dengan member2 nih, duit raya ku tiada lalala~ nak balik nih tolak tol ngan minyak, buat korek gigi je duit raya uh. Hahahah, malangnya nasibku sebagai perantau. Hahhaha  XD

Assignment raya:
Tak buat lagi. :) Hantar Isnin buka cuti ni. Baikkan saya

Bukan ni saja yang berlaku, banyak lagi. Gi tengok wayang dengan member, tahan dari nak pee sebab taknak tinggal cerita. Tengok assignment, tengok saje. Lepak rumah sepupu. Macam2 benda lagi aku buat masa cuti seminggu ni. Mengeratkan hubungan yang mana tak erat. Makn kuih rumah orang sampai habis. Macam2 ah aku buat. Kecuali report je aku tak buat. Hehehhe

Akhir kata dari saya, Karam Tak Timbul. JANGAN LUPA REPORT KETIKA RAYA. Ibarat lemang dan rendang. Begitulah jugak Pelajar U dan report. Assalamualaikum wrt. Gudnite :)


I'm not perfect, :D