WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Isnin, 16 Disember 2013

Housemate hampeh

1) Buat maksiat dengan BF depan rumah

2) Aku minta sepuluh hinggit ja. Macam minta seratus

3) Rembat susu Marigold yang adik aku tak berani nak minum. Half of the box. B**ch

4) HAMPEH


Sabtu, 23 November 2013

Sejak lama tak berbelog

Auch.

Sudah part six. Menjadi senior di dalam building department. Lantaklah aku bukan kenal sangat budak budak building. Tak senior mahupun junior. Bak kata ayah "lone ronger" boleh cengitu.

Rasa macam semalam saja daftar jadi budak hingusan building.

AP116 6D.

Duduk luar macam selesa sikit. Malas nak amek pusing pasal kolej.

Aissh nak berjumpa KSK sepanjang 6bulan
takut kena koyak assigmnet ja.


Ahad, 24 Mac 2013

Hujung semester empat

Ah, salam sejahtera ke atas kamu wahai saudara seislam ku.

24/3/2013

  Tarikh pengakhiran segala punca stress aku, even stress berat tak turun pun -_- Punca stress aku =  grouping work, drawing, people behaviors, mulut orang, kerja, report, assignment, friend (?), perangai aku yang kuat tersentuh.

  Huaa, semester ni aku ingat boleh heaven sikit sebab semester depan nak praktikal dah namun anggapan aku jauh tersasar berlari ke tengah pantai timur (?). Semester ni aku bulih kira lah berapa kali aku balik rumah peluk cium tidur bawah ketiak mak aku. 2 kali, wah banyak nya. SANGAT BANYAK! Rindu dah tahap kemuncak nak terkeluaq dari kepala otak aku.

  Apa-apa pun selepas berakhirnya pelajaran di dalam kelas mahupun diluar kelas, pasti ada yang menungu dengan kijamnya, PEPERIKSAAN atau orang kampung aku pangil EXAM. Well, I beranak kat Perthlis. :P

Apa yang "best" sem nih adalah study week aku atau pun MINGGU UNTUK BELAJAR (selama empat bulan hang masuk kelas hang buat apa? Err, bertakafur? boleh tara tuh?). Ditetapkan oleh pihak atas yang baik dan berbudi bahasa, EMPAT HARI JER STUDY WEEK AKU. takpe akukan genius. LAPAN paper boleh la cover empat hari. NO HAL =_=" 

  Lagi satu yang best sem ni, adalah main paper aku BUILDING CONCSTRUCTION, adalah diambil bersama dengan killer paper BUILDING LAW. Mungkin ramai yang tertanya mengapa budak building amek law, soalan itu jua pernah terlontar melontar2 didalam pemikiranku. JAWAPANNYA senang hang nak saman orang. Dapat duit. -_- Terima kasih kerana memberi aku peluang mengambil dua paper yang membaca dan menghafal pada hari yang sama. Aku bersyukur.

  Yang penting sekarang ialah belajar dan stop mengakses internet buat sementara waktu. (la ni hang duk buat apa cik bee oit ?!! membaca bukukah atau sedang membaca blog seorang vlogger terkenal?)

  p/s: Semoga Allah memudahkan perjalanan jihadku dalam medan ilmu ini.  :)


Ahad, 24 Februari 2013

Perubahan Hidup

Mungkin sekarang tak mampu untuk aku berpaling ke belakang melihat kisah silam yang hampas dan buruk itu lagi.

Aku melangkah dan takkan berpaling

Maafkan aku teman, tiada lagi berkejaran tiada lagi berhiburan seperti dahulu

Kerna aku mahu berhibur di Syurga

Bukan niat ku mengatakan kamu dan kamu kotor dan jahat

Tapi hati ini yang mahu kan kebebasan yang terlampau sehingga aku lupa yang MAHA ESA

Terlupa akan DOSA, terlupa akan SEKSA AKHIRAT

Juga aku terlupa dua insan yang memandang aku penuh harapan, ABI UMMI ku

Aku terlupa akan kepayahan yang mereka tanggung

Aku tidak mahu ABI UMMI ku pergi meninggalkan dunia sebelum aku dapat manjakan mereka dengan sedikit kejayaanku

Aku tidak mahu ABI UMMI ku menanggung DOSA-DOSAKU

Sungguh pedih dan siksa tangisi kesalahan dan kealpaan aku dahulu.


Cebisan kata hatiku : AKU JUGA MAHU IKUT SERTA DALAM PERJUANGAN ISLAM :)


Selasa, 19 Februari 2013

FAMILY IS MORE IMPORTANT


Terasa. Terasa macam you never put me first. I mean FAMILY first. Memang terasa. How can you go to someone wedding but your promise "something" with me ada dalam 3 minggu and you never do it. And last make me do it by myself. Thanks, its to late. Ya, bila saya bising anda marah anda terasa. Saya pun kadang kadang terasa.

Anda pernah berkata "Kawan yang rapat dengan kita tu juga nak tolong kita."

But to me, I always put my family in front. Kalau saya mati saya nak emak saya, kakak dan adek beradek saya yang mandikan jenazah saya.

Kawan kawan tolong sedekahkan Al-Fatihah dan halalkan makan minum saya.

Kalau saya susah , saya cari family sebab kawan yang ada waktu susah bukan semua.

Kawan anda lain(?) kata anda. Kawan anda beragama tidak mungkin melakukan nya itu? Tapi keluarga anda memang tidak AKAN melakukan itu terhadap anda.

Sebaik semulia mana pun kawan anda, MULIA DAN BAIK lagi keluarga anda.

Mereka orang luar yang jumpa kita dalam 1/4 hari. Manakala keluarga 3/4 ada dengan anda. Walaupun berjauhan.

Call ibu anda, Dia terasa dengan anda.


Ahad, 17 Februari 2013

Praktikal zaman '90an

After lunch, seronok sembang dengan ummi pasal praktikal. Then abi asked me "Angah tau dak berapa depa bagi elaun nanti?" 
I answered "Segan nak tanya. Depa accept kita pun dah besaq tuah, terima ja berapa depa bagi. Asal masyuk." Hehehe. Abi just smile and walked away.

Then, ummi cakap "Masa abi praktikal waktu hampa dua (me and ma sister) kecik lagi, waktu tu dah nak raya. Company tuh call abi suruh pi amek duit elaun, abi seronok tak sangga, nak beli baju raya lah. Start la motor EX5 buruk tuh pi amek duit uh. Tau depa bagi berapa? 40ringgit ja. Kesian abi, lepas tuh pi beli baju raya kat hampa ja sehelai RM10. "

My tears was burst. Even abi cenghai macam singa tapi bila dengar balik abi berkorban untuk anak-anak dia, how bad I am as his daughter. 

Dulu kalau nak beli barang ja, mesti tengok muka ummi. Ummi whisper "Abi takdak duit, nanti kita beli na." Tak berani nak bebai, tak berani nak hantak2 kaki kat lantai concrete uh. Jalan sambil tengok patung, baju or something that we want. Susah jugak nak cari duit rupanya.