WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Jumaat, 15 Jun 2012

Budak Studio Base

Syafiqah anak cik tie

Ok here we go. Firstly, asalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai u oll, baik Seri Iskandar yang hotz ni telah menyebabkan aku malas nak updated blog. Bukan salah cik Wi-Fi or bukan salah cik Lappy. Tapi aku sibuk dengan kelas yang selalu takde. Paham? Makna nya aku ke kelas dan patah balik sebab kelas cancel. Dapat bayangkan kan kan betapa sukanya tired aku pergi balik kolej - fakulti ? Dah la perak ni sejuk macam kat Mesir, nampak tak aku memerli di situ yah? 

Seminggu dah aku kat sini, jauh dengan my superheroin, Ummi sayang dan adek aku si debab Sumayyah. Kau orang dapat bayangkan tak betapa rindu nya aku? Aku dah boleh stop suruh korang "bayangkan' kot. Dah banyak dah imaginasi korang tuh dengan reaksi overact aku. :D 

Ok, kelas aku tak padat macam aku part 2 dulu. Part 2 dulu macam nak mati aku ulang alik ke kelas. Kelas start pukul 8pagi dan paling awal aku habis pun pukul 5petang. Indahnya dunia! *sarcastic. Alhamdulillah la sekarang aku punya jadual, wah shake babeh shake. 8pagi hingga 4petang. Banyak gab yang aku dapat.
Aku balik bilik, mende lagi. Rehatkan mata la sebelum drawing menggila datang.

Pasal drawing, aku nengok. Amboi bukan main senang *mak jemah!!!. senang siot, apa dia mintak pun aku tak tahu lagi. Aku nengok je. Apa yang aku nampak , JUSCO BARU syikhhh. Hahaha. Duit PT dah masuk, time ni otak aku ni duk merancang nak nu nak ni. *simpan duit la bee oit. 

Sabtu ni nak pergi tasek UTP, sambut besday roomates. Bukan kemain ko suka erk hari tuh "Akak-2, khamis ni besday adek" Heh, amek kau, air sabun + air tembikai + air mangga + limau masam + kaya roti.
Suka sangat, hehe so moral value of the story, jangan cerita besday kita kat member masa kat U. Paham junior? Hehehe. Sem depan, masa besday aku, aku kena melarikan diri sebab ramai dah orang yang aku dah prank ni. Sebelum apa-2 yang terjadi baik den solamat kan dighi haaaa.

Snap gambar sebelum menghadapi brefing yang WALLLAAAAH. 















Friends. UiTM Seri Iskandar. 2011 


Jumaat, 8 Jun 2012

Kesedihan Penghujung Cuti

Mulakan dengan senyuman

Ok entri hari ni sebenarnya tak de kena mengena dengan perasaan memberontak taknak balik Seri Iskandar, tapi I selitkan sedikit secukup rasa.Taknak balik U laaa.
*aku siap menyorok dalam selimut lagi waktu mak aku bebel suruh packing barang
Ingat korang je boleh mogok, aku punya mogok sampai pusing-2 atas katil, habis katil aku tau. Dah adek aku yang kemas kan. So pedulik pulak, asalkan aku boleh mogok taknak balik. Seriously sejak dapat adek sumayyah ni aku makin malas nak balik U la, omak hengkau kahwin jelaa diri ku ini. Aku barang pun tak packing lagi ni, punya la taknak balik.
Nak tak nak aku kena juga balik U, ko gila ke apa tak balik kang tak pasal-2 list hitam nama aku. Kang menyesal diri sendiri. Ko nak buek apa kat umah? Menghabis beras je.
Ok topik sebenar untuk entri hari ni adalah
'Kesedihan dihujung cuti'

  1. pergi makan dekat kedai, aku nampak seorang lelaki tua atau ayah kepada anak-2 nya. Dia jatuh motor and dia bertongkat sebab kaki dia patah. Kaki dia masih ada cuma tak boleh berfungsi macam kita. Ok waktu tu hati aku ni memang rasa something yang macam ni
    "Mana anak-2 dia, bapak sakit pun suruh beli nasi nak makan sendiri ka? Naik motor pulak tuh."
    Dan waktu mak aku cerita, pakcik ni ada anak tapi macam takde. Dia makan pun anak-2 bukan nak kesah. Kerja bukan besar pun kerja kampung tapi mak ayah sendiri pun tak boleh bela.Waktu tu aku sedar, walaupun aku dan ayah aku tak rapat macam aku dengan mak aku, tapi SORRY dude, I will take care of my father walaupun apa pun dah terjadi. Sebab kalau takde dia macam mana aku nak wujud? Mak aku seorang ja? Mana boleh!! Aku takkan buat ayah aku macam anak-2 pakcik tuh buat kat dia. Ya Allah kau tetapkan hati ni agar ingat selalu pada jasa ibu dan bapaku.

  2. Kawan mak aku, kerja di tadika mak aku. Dia ada 4 orang anak perempuan, dan baru-2 ni dia lahirkan anak lelaki. Aku pun excited jugak. Seronok tengok. Tapi yang buat hati aku sayu, anak dia lahir tak cukup bulan, awal sebulan. Macam yang kita tahu bila tak cukup bulan, masalah tumbuhbesaran. Anak dia disahkan jantung berlubang dan saliran terbalik. Sedih kan, waktu dengar mak aku cerita tuh, air mata nak je mengalir tapi aku tahan. Taknak mak aku sedih, kalau aku jadi dia aku gila punya sedih kot. Anak yang ditunggu-2 kan tapi bermasalah. Waktu tu banyak yang mak aku dan kawan mak aku bagi semangat kat dia. Doa dia nak anak lelaki Allah dah tunaikan. Apa-2 yang jadi redha ja. Cakap memang senang kan tapi hati dan diri yang menanggung? Susah jugak. Waktu ni lah sokongan dan bantuan family and member-2 diperlukan untuk kuatkan hati dia. Semoga anak mu segera sembuh Cik Ila.
Coleteh saya kat sini je. UiTM wait, here I come!


Ahad, 3 Jun 2012

Counting the days.


Muka pengakhiran cuti bersama si debab ini

Hai Malaysia. UiTM Seri Iskandar. Tak lama lagi hang jumpa lah aku ni no. Muka yang selalu lepak lalaland dengan nasi lemak + teropong digital. Muka yang selalu slumber badak masuk kelas 'awal'. Muka yang selalu renyeh bila buat salah. Muka cuak waktu present. So, today is 2/6/2012. What? Shit, lagi enam hari ja lagi. Wuaaaaaaaaaa, *sms doraemon - "mon, patahkan masa balik"
If I can do that thing right now.
8/6/2012 Hari yang ditunggu kan? Yela sangat hengkau tunggu bee oit. Aku taknak balik *guling2 sambil nyanyi lagu Perpisahan ini. Sebenarnya kuliah aku start 11/6 tapi aku tak tau kenapa gatai sangat nak pi awal ni. *pasal aku nak berebut katil dengan bakal roomates laa. Takmoo katil atas. Hangat gila. Lagipun sebab I nak gi date dengan kengkawan. Biasa lah bro, PT baru masuk. Haha tak de maknanya, I nak buat bisnes printing la. so masuk awal akan membolehkan aku kaya cepat. Budak2 junior ko nak print nnt WAJIB datang bilik aku OK!^^
Well. lagi seminggu la maknanya aku akan menetap kat negeri panas gila syeikkhh ini. Panas2 pun aku tetap berat sangat nak balik Seri Iskandar sebab MY DEBAB - Nurul Sumayyah. 1001% aku konpem aku akan gila menangis macam Witch dalam Left4Dead waktu kereta AEM 4077 ni meninggalkan perkarangan Kolej yang bakal aku buat macam rumah bapak aku. Aku menangis sekejap je sebab Yuhuuu jumpa kengkawan la bro.
Bertulis mengenai kembali ke sekolah U, buat aku memproses otak aku. Proses untuk belajar-2 dan proses untuk menguatkan kembali mental dan fizikal untuk apa jua masalah yang mendatang.
Ok, dalam gedik taknak balik ni pun aku tetap rasa sedikit la SEDIKIT LAAAAA nak balik ke sana sebab sebab sebab 
  1. Kawan-2, aku nak jumpa muka-2 yang duk buat aku jadi gila ni. Muka-2 rock, suci, bala dll.
  2. Belajar lah. aku pi sana bukan nak pi cari jodoh. Aku nak cari ilmu, sok kerja dengan goverment (orang2 tua dulu punya ayat)
  3. Boleh jugak kot tambah reason aku balik perak sebab nak cari jodoh, Hah, hengkau belajar tak sudah. So cancel. Mengada sangat.
  4. Bisnes printing yang akan buat $$$ aku bertambah
Tapi apa yang aku nak buat kat sana nanti, BELAJAR untuk menjamin masa depan aku yang tak nampak lagi ni. Teropong thedolite pun takleh nampak lagi masa depan aku ni. So, tuah ayam nampak di kaki ayam la takkan kat kaki beruk pula, tuah aku sapa pun tak kelih. So untuk menjamin masa depan saya dan keluarga, saya kena beli insuran Takaful saya kena belajar untuk senang dapat kerja nanti dan untuk mendapat ilmu supaya aku dapat kerja. Dah ayat dah berbelit2 macam tutorial shawl kat youtube.
BEE STOP MEREPEK!

Last dari saya Karam Tak Timbul-2, belajar lah hingga ke negeri China.^^