WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Jumaat, 8 Jun 2012

Kesedihan Penghujung Cuti

Mulakan dengan senyuman

Ok entri hari ni sebenarnya tak de kena mengena dengan perasaan memberontak taknak balik Seri Iskandar, tapi I selitkan sedikit secukup rasa.Taknak balik U laaa.
*aku siap menyorok dalam selimut lagi waktu mak aku bebel suruh packing barang
Ingat korang je boleh mogok, aku punya mogok sampai pusing-2 atas katil, habis katil aku tau. Dah adek aku yang kemas kan. So pedulik pulak, asalkan aku boleh mogok taknak balik. Seriously sejak dapat adek sumayyah ni aku makin malas nak balik U la, omak hengkau kahwin jelaa diri ku ini. Aku barang pun tak packing lagi ni, punya la taknak balik.
Nak tak nak aku kena juga balik U, ko gila ke apa tak balik kang tak pasal-2 list hitam nama aku. Kang menyesal diri sendiri. Ko nak buek apa kat umah? Menghabis beras je.
Ok topik sebenar untuk entri hari ni adalah
'Kesedihan dihujung cuti'

  1. pergi makan dekat kedai, aku nampak seorang lelaki tua atau ayah kepada anak-2 nya. Dia jatuh motor and dia bertongkat sebab kaki dia patah. Kaki dia masih ada cuma tak boleh berfungsi macam kita. Ok waktu tu hati aku ni memang rasa something yang macam ni
    "Mana anak-2 dia, bapak sakit pun suruh beli nasi nak makan sendiri ka? Naik motor pulak tuh."
    Dan waktu mak aku cerita, pakcik ni ada anak tapi macam takde. Dia makan pun anak-2 bukan nak kesah. Kerja bukan besar pun kerja kampung tapi mak ayah sendiri pun tak boleh bela.Waktu tu aku sedar, walaupun aku dan ayah aku tak rapat macam aku dengan mak aku, tapi SORRY dude, I will take care of my father walaupun apa pun dah terjadi. Sebab kalau takde dia macam mana aku nak wujud? Mak aku seorang ja? Mana boleh!! Aku takkan buat ayah aku macam anak-2 pakcik tuh buat kat dia. Ya Allah kau tetapkan hati ni agar ingat selalu pada jasa ibu dan bapaku.

  2. Kawan mak aku, kerja di tadika mak aku. Dia ada 4 orang anak perempuan, dan baru-2 ni dia lahirkan anak lelaki. Aku pun excited jugak. Seronok tengok. Tapi yang buat hati aku sayu, anak dia lahir tak cukup bulan, awal sebulan. Macam yang kita tahu bila tak cukup bulan, masalah tumbuhbesaran. Anak dia disahkan jantung berlubang dan saliran terbalik. Sedih kan, waktu dengar mak aku cerita tuh, air mata nak je mengalir tapi aku tahan. Taknak mak aku sedih, kalau aku jadi dia aku gila punya sedih kot. Anak yang ditunggu-2 kan tapi bermasalah. Waktu tu banyak yang mak aku dan kawan mak aku bagi semangat kat dia. Doa dia nak anak lelaki Allah dah tunaikan. Apa-2 yang jadi redha ja. Cakap memang senang kan tapi hati dan diri yang menanggung? Susah jugak. Waktu ni lah sokongan dan bantuan family and member-2 diperlukan untuk kuatkan hati dia. Semoga anak mu segera sembuh Cik Ila.
Coleteh saya kat sini je. UiTM wait, here I come!