WELCOME TO AWAN PELANGI BLOG a.k.a NURUL SYAFIQAH BLOG ALA-ALA SENYUM SOKMO INI DIKENDALI OLEH ANAK MAKCIK WATI DAN PAKCIK ZOL.^^ ^^

Sabtu, 25 Ogos 2012

Raya Lalalala~

Muka kekenyangan ya :)

 Hai dan selamat malam. Ohoi, panas malam ni.=;=" Raya yang keenam dan masih belum terlambat kalau aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, maaf zahir batin. (Tarik nafas dalam2). Sepanjang Ramadhan dan seminggu Syawal ini berlalu, banyak suka duka yang berlaku. Mari dengar aku cerita satu persatu:

Mercun:
Ada yang cakap benda ni wajib bal ghunnah ada masa menyambut malam pertama Syawal ada yang mengatakan membazir ibarat membakar duit kertas sendiri. Hehehe, apa2 aku beli la jugak, tapi bukan yang membahayakan kesihatan la, aku fikir macam tuh la. Aku beli bunga api, mercun yang panjang yang tembak banyak kali uh, mercun lebah, mercun gasing, mercun mancis dll. Penat aku mengingatnya. So dengan mulaan bacaan Bismillah, aku cucuh la mercun tuh, sekali dia punya api  kena tangan daa. Mula tak lah sakit sangat, tapi lelama jadi bengkak. Mengelabah la cari minyak, nasib surut. Tapi semua itu tak mematahkan niat untuk menyambung permainan huhuhu XD

Baju raya,tudung raya,kasut raya:
Hehehe, yang ni agak kelakar. Memula mencari di Taiping Sentral Mall. Cari punya cari takde yang berkenaan. Sampai satu butik ni, aku nengok baju nyer takde la jenis kain mahal mana pun, manik pun kat leher je. So dalam mind, tak lebih dua ratus ni. Ok berlagak la mene-try kan baju uh, sekali nak bayar RM289, erk mana tak mengelabah, Ummi cakap amek jela setahun sekali je pun, Aku cakap: Eek, banyak lagi barang nak beli ummi, cancel. Cari kedai lain. Mencarut makcik kedai uh. Pedulik pulak aku, lainkali letak tanda harga, hahah I'm constumer ok! Dan terus kan misi cari lagi, akhirnya jumpa dekat First Lady Tesco Taiping. Uh murah sangat dengan less bagai. RM69. Hahaha, bayangkan kalau aku beli yang RM289 uh, aduhh. Aku ni memang berkira, nak yang murah je BUT THE QUALITY MOST IMPORTANT.
Baju yang kedua, me-round sakan kat Jitra, hehehe. Jumpa yang berkenaan main amek je, dah malas nak mencari dengan badmood je bagai. So total kos pakaian raya aku, RM260+++. Jimat duit mak aku dan pak aku. :)

Kuih raya:
Beli kat member kat U je pun, shortbread, Ummi aku beli masa kat Jitra Samperit ng Chocolate apantah :D. Semuanya tunjuk2, dari Ummi sampai ke anak no3, masing2 tak tau nak buat kuih raya. Hahaha. Nanti terbuka kot pintu hati ni nak buat kuih raya,Kot jelaaaa.

Closehouse:
Member pakat nak mai rumah, takyah laa. Tahun ni closehouse bukan openhouse. Beraya sakan aku ng FAMILY aku. Tahun depan, In Shaa Allah, ada rezeki terbukalah kot rumah ni. :D

Duit raya:
Yang ni aku sedih nak cerita, geram dan lain lain lagi. Aduiii, tak sampai seratus pun duit raya aku ni pun. Hehehe. Makcik2 semua taknak bagi sebab aku dah besar. Adui, nanti aku dah kahwin bebudak kecik memang aku takkan bagi duit raya ah, aku bagi yang besar ja. Kesian oohh yang sebaya dengan aku ni. Dapat ciput. Yang mana dapat banyak uh, Alhamdullilah laa. Korang rezeki murah. Hehe. Aku tak menjadik la nak ke Tambun dengan member2 nih, duit raya ku tiada lalala~ nak balik nih tolak tol ngan minyak, buat korek gigi je duit raya uh. Hahahah, malangnya nasibku sebagai perantau. Hahhaha  XD

Assignment raya:
Tak buat lagi. :) Hantar Isnin buka cuti ni. Baikkan saya

Bukan ni saja yang berlaku, banyak lagi. Gi tengok wayang dengan member, tahan dari nak pee sebab taknak tinggal cerita. Tengok assignment, tengok saje. Lepak rumah sepupu. Macam2 benda lagi aku buat masa cuti seminggu ni. Mengeratkan hubungan yang mana tak erat. Makn kuih rumah orang sampai habis. Macam2 ah aku buat. Kecuali report je aku tak buat. Hehehhe

Akhir kata dari saya, Karam Tak Timbul. JANGAN LUPA REPORT KETIKA RAYA. Ibarat lemang dan rendang. Begitulah jugak Pelajar U dan report. Assalamualaikum wrt. Gudnite :)


I'm not perfect, :D

Selasa, 17 Julai 2012

Saya dan building department


Selamat pagi. Auwww paginya aku tulis entry. Semuanya gara-2 report tersayang tercinta terkasih dan sebagai ter-nya. Ok, dah berbulan aku tak tulis entri. Sebab sibuk banyak sangat. Saya mulakan entri dengan membebel okeh. Hari macam aku dan hampa semua tahu, 17 Julai 2012. Yup, aku dah lama tak buka blog. Haaaaaaaaaaaachum, debunya! Tak suka tak suka.

Sebut je nama kos ni 'Building' , pakcik-2 aku, kawan-2 laki aku akan tanya lagi sekali dan akan usha aku atas bawah. Dan akan diikuti dengan ayat "Perempuan payah cari makan dengan jurusan ni" , andddd apa yang aku buat, aku ambik kata-2 untuk semangat, and one day I will make sure that 'sound' never out from their mouth anymore. I will prove that women can live in construction. Hallo, uncle and adam-2 diluar sana. Building- satu kos yang aku sendiri tak tahu benda apa, aku apply benda ni pilihan ke 7. But aku dapat yang ni, UiTM yang bagi. Aku nak amek Pengurusan Ladang pada mulanya. Tapi ditolak pilihan aku tu.
Memang ramai perempuan yang leceh, cerewet tapikan ayah saya lagi cerewet dari mak saya. Dan ayah saya lelaki. So, dont judge women by one woman only. There a lot of people, so that means, a lof of characteristic. Ada yang boleh jalan dengan kerja ni, ada yang tak boleh. Tapi aku memang terasa gila bila budak kelas aku cakap "Pada pendapat saya, bila perempuan jadi project manager memang leceh" Waktu aku rasa nak bangun hantuk2 kepala dia. Tapi yes I'm admit ada yang perempuan macam tuh. Namun, hati aku masih sakit. Abaikan lagi, sampai satu tahap aku kena pergi cari hotel and research pasal telecommunication system in that building. Technican lelaki uh cakap "Perempuan hanya boleh ambik business dan seangkatan dengan nya" LAGI SAKIT HATI AKU. Aku macam nak berdebat jer dengan dia. Tapi he help us with that research. Aku buat bodoh jela, sambil sedut milo ais tuh kuat SLURRPPPPPP. Geram punya pasal. Hahaha :D
That all, but ONE DAY I WILL PROVE IT. I PROMISE!

Nombor satu, apa yang ada dekat nombor satu?? Kawan LDK aku cakap nombor ni menunjukkan nilai kepandaian kita. Nila kebijaksaan kita, nilai kedudukan kita. So yang dapat no 10 tuh bodoh ke?
"The A's that obtained by the examination is not important but what is important is knowledege"
Yes, aku mengaku, aku pernah buat sebab nak dapat yang terbaik, aku hafal macam gila. Lulus dapat A but and then aku dah lupa apa aku belajar. Hahah.
Seriously, nombor satu tuh bukan benda untuk dibanggakan. Yang perlu ada sebenarnya ILMU. Dengan benda ni orang akan angkat kita. So, dari belajar macam nak gila baik belajar sambil bergumbira. Memang ingat lah. Stress and happy? Which one was the most fun? So, kalau tak dapat lah nombor satu dalam kelas uh tak bermaksud "Aku budus" Nope, but what I want to say here " Learn when we down, Remeber when we at up" Belajar masa jatuh, mengingati masa kat atas. -Budak sastera paham la ayat ni.
Belajar sampai ke negara china bukan nya belajar untuk nombor satu.

UUUUuuu, tengah suka dapat bawak kereta dekat U, senang nak gi tapak project! Babai, love u all.
Report hang tak siap lagi, boleh pulak membebel kat sini ka???? :)

Jumaat, 15 Jun 2012

Budak Studio Base

Syafiqah anak cik tie

Ok here we go. Firstly, asalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai u oll, baik Seri Iskandar yang hotz ni telah menyebabkan aku malas nak updated blog. Bukan salah cik Wi-Fi or bukan salah cik Lappy. Tapi aku sibuk dengan kelas yang selalu takde. Paham? Makna nya aku ke kelas dan patah balik sebab kelas cancel. Dapat bayangkan kan kan betapa sukanya tired aku pergi balik kolej - fakulti ? Dah la perak ni sejuk macam kat Mesir, nampak tak aku memerli di situ yah? 

Seminggu dah aku kat sini, jauh dengan my superheroin, Ummi sayang dan adek aku si debab Sumayyah. Kau orang dapat bayangkan tak betapa rindu nya aku? Aku dah boleh stop suruh korang "bayangkan' kot. Dah banyak dah imaginasi korang tuh dengan reaksi overact aku. :D 

Ok, kelas aku tak padat macam aku part 2 dulu. Part 2 dulu macam nak mati aku ulang alik ke kelas. Kelas start pukul 8pagi dan paling awal aku habis pun pukul 5petang. Indahnya dunia! *sarcastic. Alhamdulillah la sekarang aku punya jadual, wah shake babeh shake. 8pagi hingga 4petang. Banyak gab yang aku dapat.
Aku balik bilik, mende lagi. Rehatkan mata la sebelum drawing menggila datang.

Pasal drawing, aku nengok. Amboi bukan main senang *mak jemah!!!. senang siot, apa dia mintak pun aku tak tahu lagi. Aku nengok je. Apa yang aku nampak , JUSCO BARU syikhhh. Hahaha. Duit PT dah masuk, time ni otak aku ni duk merancang nak nu nak ni. *simpan duit la bee oit. 

Sabtu ni nak pergi tasek UTP, sambut besday roomates. Bukan kemain ko suka erk hari tuh "Akak-2, khamis ni besday adek" Heh, amek kau, air sabun + air tembikai + air mangga + limau masam + kaya roti.
Suka sangat, hehe so moral value of the story, jangan cerita besday kita kat member masa kat U. Paham junior? Hehehe. Sem depan, masa besday aku, aku kena melarikan diri sebab ramai dah orang yang aku dah prank ni. Sebelum apa-2 yang terjadi baik den solamat kan dighi haaaa.

Snap gambar sebelum menghadapi brefing yang WALLLAAAAH. 















Friends. UiTM Seri Iskandar. 2011 


Jumaat, 8 Jun 2012

Kesedihan Penghujung Cuti

Mulakan dengan senyuman

Ok entri hari ni sebenarnya tak de kena mengena dengan perasaan memberontak taknak balik Seri Iskandar, tapi I selitkan sedikit secukup rasa.Taknak balik U laaa.
*aku siap menyorok dalam selimut lagi waktu mak aku bebel suruh packing barang
Ingat korang je boleh mogok, aku punya mogok sampai pusing-2 atas katil, habis katil aku tau. Dah adek aku yang kemas kan. So pedulik pulak, asalkan aku boleh mogok taknak balik. Seriously sejak dapat adek sumayyah ni aku makin malas nak balik U la, omak hengkau kahwin jelaa diri ku ini. Aku barang pun tak packing lagi ni, punya la taknak balik.
Nak tak nak aku kena juga balik U, ko gila ke apa tak balik kang tak pasal-2 list hitam nama aku. Kang menyesal diri sendiri. Ko nak buek apa kat umah? Menghabis beras je.
Ok topik sebenar untuk entri hari ni adalah
'Kesedihan dihujung cuti'

  1. pergi makan dekat kedai, aku nampak seorang lelaki tua atau ayah kepada anak-2 nya. Dia jatuh motor and dia bertongkat sebab kaki dia patah. Kaki dia masih ada cuma tak boleh berfungsi macam kita. Ok waktu tu hati aku ni memang rasa something yang macam ni
    "Mana anak-2 dia, bapak sakit pun suruh beli nasi nak makan sendiri ka? Naik motor pulak tuh."
    Dan waktu mak aku cerita, pakcik ni ada anak tapi macam takde. Dia makan pun anak-2 bukan nak kesah. Kerja bukan besar pun kerja kampung tapi mak ayah sendiri pun tak boleh bela.Waktu tu aku sedar, walaupun aku dan ayah aku tak rapat macam aku dengan mak aku, tapi SORRY dude, I will take care of my father walaupun apa pun dah terjadi. Sebab kalau takde dia macam mana aku nak wujud? Mak aku seorang ja? Mana boleh!! Aku takkan buat ayah aku macam anak-2 pakcik tuh buat kat dia. Ya Allah kau tetapkan hati ni agar ingat selalu pada jasa ibu dan bapaku.

  2. Kawan mak aku, kerja di tadika mak aku. Dia ada 4 orang anak perempuan, dan baru-2 ni dia lahirkan anak lelaki. Aku pun excited jugak. Seronok tengok. Tapi yang buat hati aku sayu, anak dia lahir tak cukup bulan, awal sebulan. Macam yang kita tahu bila tak cukup bulan, masalah tumbuhbesaran. Anak dia disahkan jantung berlubang dan saliran terbalik. Sedih kan, waktu dengar mak aku cerita tuh, air mata nak je mengalir tapi aku tahan. Taknak mak aku sedih, kalau aku jadi dia aku gila punya sedih kot. Anak yang ditunggu-2 kan tapi bermasalah. Waktu tu banyak yang mak aku dan kawan mak aku bagi semangat kat dia. Doa dia nak anak lelaki Allah dah tunaikan. Apa-2 yang jadi redha ja. Cakap memang senang kan tapi hati dan diri yang menanggung? Susah jugak. Waktu ni lah sokongan dan bantuan family and member-2 diperlukan untuk kuatkan hati dia. Semoga anak mu segera sembuh Cik Ila.
Coleteh saya kat sini je. UiTM wait, here I come!


Ahad, 3 Jun 2012

Counting the days.


Muka pengakhiran cuti bersama si debab ini

Hai Malaysia. UiTM Seri Iskandar. Tak lama lagi hang jumpa lah aku ni no. Muka yang selalu lepak lalaland dengan nasi lemak + teropong digital. Muka yang selalu slumber badak masuk kelas 'awal'. Muka yang selalu renyeh bila buat salah. Muka cuak waktu present. So, today is 2/6/2012. What? Shit, lagi enam hari ja lagi. Wuaaaaaaaaaa, *sms doraemon - "mon, patahkan masa balik"
If I can do that thing right now.
8/6/2012 Hari yang ditunggu kan? Yela sangat hengkau tunggu bee oit. Aku taknak balik *guling2 sambil nyanyi lagu Perpisahan ini. Sebenarnya kuliah aku start 11/6 tapi aku tak tau kenapa gatai sangat nak pi awal ni. *pasal aku nak berebut katil dengan bakal roomates laa. Takmoo katil atas. Hangat gila. Lagipun sebab I nak gi date dengan kengkawan. Biasa lah bro, PT baru masuk. Haha tak de maknanya, I nak buat bisnes printing la. so masuk awal akan membolehkan aku kaya cepat. Budak2 junior ko nak print nnt WAJIB datang bilik aku OK!^^
Well. lagi seminggu la maknanya aku akan menetap kat negeri panas gila syeikkhh ini. Panas2 pun aku tetap berat sangat nak balik Seri Iskandar sebab MY DEBAB - Nurul Sumayyah. 1001% aku konpem aku akan gila menangis macam Witch dalam Left4Dead waktu kereta AEM 4077 ni meninggalkan perkarangan Kolej yang bakal aku buat macam rumah bapak aku. Aku menangis sekejap je sebab Yuhuuu jumpa kengkawan la bro.
Bertulis mengenai kembali ke sekolah U, buat aku memproses otak aku. Proses untuk belajar-2 dan proses untuk menguatkan kembali mental dan fizikal untuk apa jua masalah yang mendatang.
Ok, dalam gedik taknak balik ni pun aku tetap rasa sedikit la SEDIKIT LAAAAA nak balik ke sana sebab sebab sebab 
  1. Kawan-2, aku nak jumpa muka-2 yang duk buat aku jadi gila ni. Muka-2 rock, suci, bala dll.
  2. Belajar lah. aku pi sana bukan nak pi cari jodoh. Aku nak cari ilmu, sok kerja dengan goverment (orang2 tua dulu punya ayat)
  3. Boleh jugak kot tambah reason aku balik perak sebab nak cari jodoh, Hah, hengkau belajar tak sudah. So cancel. Mengada sangat.
  4. Bisnes printing yang akan buat $$$ aku bertambah
Tapi apa yang aku nak buat kat sana nanti, BELAJAR untuk menjamin masa depan aku yang tak nampak lagi ni. Teropong thedolite pun takleh nampak lagi masa depan aku ni. So, tuah ayam nampak di kaki ayam la takkan kat kaki beruk pula, tuah aku sapa pun tak kelih. So untuk menjamin masa depan saya dan keluarga, saya kena beli insuran Takaful saya kena belajar untuk senang dapat kerja nanti dan untuk mendapat ilmu supaya aku dapat kerja. Dah ayat dah berbelit2 macam tutorial shawl kat youtube.
BEE STOP MEREPEK!

Last dari saya Karam Tak Timbul-2, belajar lah hingga ke negeri China.^^

Isnin, 28 Mei 2012

Bertunang



Assalamualaikum w.r.t dan selamat pagi tengah hari petang dan malam.And hallo malaysia. Peace yoo. :D  Ok blog aku dah berhabuk. Yes, "Ummi, where you put the "bulu ayam" ?" Ahaakz , that not funny isn't? Forget about the damn jokes. I just want to say that AKU DAH LAMA TAK UPDATE BLOG. That is all. So kenapa aku tak update blog? I'm busy just like OBAMA Perdana Menteri. Aku tengah busy tolong my lovely mum uruskan loan nak beli kereta dan aku ada juga free2 tu buka blog nak tulis entri, dah taip dah pun post title and then my brain said to me "Girl, what excatly you want to type this time?" At that moment I'm blank what I want to nagging about, at my un-privated diary. So that the reason why my blog dusty. Ok now next topic. 


Noor Shakilla Bt Che Pa, 19 tahun. Kawan aku sejak form 4. Aku kenal dia sebab masuk pasukan beruniform yang sama. Kadet Pertahanan Awam. Aku masuk JPAM ni pun sebab musuh aku yang dulunya kawan aku. Uwaaa ;( dont want to talk about sad story because my entry is happy story. Get that?
 Kenapa aku sebut nama beliau di atas adalah kerana dia telah membuat sejarah dalam hidup dia. Sejarah BERTUNANG. Tunang dia adalah Muhd Amirul Mahfiz berumur 20 tahun. Masing2 masih muda kan? But this is a good thing. Bukan benda dosa tapi benda baik kan kan ? Ok dia tunang dah lama cuma aku baru nak tulis kat diary ==". Tarikh dia tunang adalah 26/5/2012. Hari Sabtu hari tuh.

Aku bawak dia make up jam 12.01 tengah hari , walaupun janji pukul 11.45 pagi. Ada benda yang menghalang aku untuk tepati janji tuh. Pekara apa? Biarlah rahsia. Haha. Baju dia sewa warna putih bermanikkan perang. Sangat cantik dan taklah simple sangat. Sebab saya suka simple Killa suka lain dari yang lain. Dia yang nak tunang, I follow je. Muka dia lain sangat waktu dia make up tuh. Betul la apa yang blogger seorang tu cakap. Our face will difference with make up. Mata dia yang ala2 sepet tuh nampak cantik sangat dengan bulu mata palsu dan maskara biru hijau. Sangat2 lain. I loikkeee.

Dah abih make up, tunggu lah pihak lelaki nyerrr. Dalam masa menunggu tu terjumpa la si kawan tempat kerja dulu. Dia tua sikit la dari aku. So waktu tu mengusik sakan la aku kat Kak Lela ni. Harap2 tak lama lah nak makan nasi minyak Kak Lela oiit. Memang tak hilang gelak la aku. Tunggu pihak lelaki sampai cair dah make up I auww. Pukul 3 sampai lah pihak lelaki. Tunang Killa pun datang sekali. Sebab family Killa yang nak jumpa si bakal pengantin lelaki ni untuk pertama kali nya. Hehehe. 

Waktu si pihak lelaki dan pihak perempun ni membuat keputusan tentang mas kahwin dan belanja, aku konpem si Killa mesti tengah nervous dan pecah peluh dalam bilik tu. Amek kaww, tak nak tunggu aku sama2. Hahah :D Dah berbincang dan pihak lelaki menerima perbelanjaan tuh, mula lah bertukar2 hantaran. Ala aku pulak tak sabar nak berkahwin ni sebab tak sabar nak dapat hantaran bebanyak ni. Haha. Hantaran lelaki warna hijau tukar dengan hantaran wanita merah hati. Cantik sangat-sangat.

Tapi dalam suka ni ada jugak sedih nya. Ada dua. First, kawan baik aki lagi seorang tak dapat datang. Naili Nelisa. Follow family dia gi cuti. Takpelah, FAMILY IS FIRST DEAR. Kahwin Killa nanti hang kena ada tau! Yang kedua, kereta aku bercalar. Dah la pinjam kereta Pak Lang aku. Naisb baik dia tak marah. Sayang paklang. <3 Hehe.

Ok, kat bawah ni aku tunjukkan gambar2 kenangan diorang.
hantaran Killa



Kek untuk hantaran

Kek Nely bagi sebagai ganti dia ^^

Tukar2 hantaran

Sarung cincin. Nervous la tu


Bersama si Tunang


Ahad, 13 Mei 2012

Ummi, I cant stop my heart from loving you


Assalamuaikum wrt *silakan jawab if nak pahala yoo dan selamat malam :)
Aku mulakan dengan gambar seorang hamba Allah yang setia kepada suaminya, kasih pada anak-anaknya dan  taat kepada suruhan penciptanya, Allah s.w.t dan nabinya Rasulullah s.a.w. Nama beliau ialah Zuraiwati binti Mahamud. Beliau dilahirkan pada tahun 1972 dan sudah semestinya pada tahun 2012 ini beliau sudah menjejak ke usia 40 tahun. *awet muda ^^. And I'm pleased to admitted that this woman is my mother and I'm very proud to be her daughter. Kenalkan, ini lah wanita yang aku panggil , Ummi. *I love you. Aku dah mengalirkan air mata sebelum nak tulis entri ni. Dah tak tercakap sebab nak nages lagi. Ummi, i really really love you.

Ummi, angah sangat-sangat sayangkan ummi. Buka mata ni ja, orang pertama yang angah cari adalah Ummi. Bcoz you're my life. *tapi kat U, memang tak cari lah cuma angah akan tengok gambar Ummi dan Ummi jangan risau sebab Ummi sentiasa ada ni kat dalam hati angah. Kecik-kecik dulu kalau Abi marah angah dengan along sebab nakal, Ummi lah bertindak sebagai Superman untuk selamatkan angah dan along. Angah suka makan nasi gaul dengan kicap + ikan kembung goreng Ummi. Kalau Ummi buat kat abang masa kecik-kecik dulu mesti angah pun nak jugak Ummi suap. Ummi tau, sebab apa angah nak Ummi suap. Sebab rasa nasi tuh macam nasi chef hotel 5 star yang masak. Kalau buat sendiri, mesti angah akan cakap "Ala, kenapa tak rasa macam Ummi buat?" dan angah terpaksa habiskan nasi tuh. =;=

Angah ingat lagi, angah dengan along kena marah sebab balik buka puasa lambat. "DAH AZAN BARU NAK BALIK, DUDUK KAT LUAR HAMPA JANGAN NAK MASUK." Lepas tuh arif dengan syakilla pun lepak kat depan rumah sekali dengan kami sebab depa pun balik lambat jugak. Tak lama lepas tuh, Ummi bukak pintu suruh masuk makan dan Ummi cakap " Buat tak tau ja. Masuk makan dulu." Angah nak menangis sgt sebab Ummi tak sanggup biar anak Ummi lapar sedangkan Ummi tengah makan. Tapi angah dulu tak pikir yang tuh, angah nages sebab angah geram kat Abi. Hehe. *taubat dah tak balik lambat da. Ummi, angah sayang Ummi sebab Ummi sanggup bersusah demi Along, Angah, Ateh, Abang dan Adek. Ummi sanggup tolak tepi keperluan Ummi dulu demi anak-anak ummi. *air mata ni makin deras noo. I love you so much.

Lagi satu kes yang memalukan, waktu angah kena pukul dengan Abi sebab ada orang kata angah date *walhal angah jalan dengan kawan-kawn kelas nak pi makan Mcd. Angah pengsan sebab waktu Abi pukul tuh angah tahan sakit, angah tak nak nanges depan Abi *hati keras oo aku ni. Ummi yang papah angah masuk bilik, Ummi sapukan minyak kat belakang angah. Pastu Ummi ceramah dekat angah "Belajarlah dulu kalau nak kapel." Sejak hari tuh angah single ^^. Sebab Ummi yang suruh tapi angah ada jugak mesej dengan kawan lelaki *ala biasalah kan Ummi kan, REMAJA :P

Surat waktu angah duduk asrama. Dalam surat tu Ummi suruh angah belajar elok-elok sebab Ummi tak ada apa nak bagi kat angah. Ilmu ja yang boleh buat kita berjaya. Tapi Ummi nak tau Ummi dah bagi angah satu benda yang cukup bernilai untuk angah, KASIH SAYANG IBU. Dalam surat tu Ummi suruh angah belajar elok-elok tapi angah ketegaq. Last-2, Ummi yang menages bila angah dapat result. Ummi angah mint maaf. Angah jahat, angah tak dengar cakap Ummi. Tapi Ummi angah akan belajar bersungguh-2 kat U ni ok Ummi? Angah nak buat Ummi bangga dengan angah, angah nak buat Ummi senang nanti. Angah nak Ummi goyang kaki ja nanti bila angah dah kerja. Angah tak mau Ummi buat kerja apa-2 lagi *angah nak buka taska kat Ummi, Ummi just jaga kewangan taska tu ja. Untung semua amek kat Ummi. Kenapa? Untung yang akan Ummi dapat tuh tak terbayar duit Ummi korbankan untuk anak Ummi ni.I like you, I miss you, I love you. Surat tu Ummi dah bakar sekali dengan kotak kasut waktu kemas rumah. But, ummi tak bakar ingatan angah terhadap surat tu.

Ummi,
kalau angah nak tulis banyak-3 lagi memang bengkak lah mata angah duk nages ja. ANGAH SAYANG UMMI. sangat-2 Ummi.
Ummi,
I cant see what happen next if you left me.
Ummi,
Angah lapaq kangkung goreng belacan.
Ummi,
sempena hari ibu ni angah nak minta maaf kalau angah ada tertinggi suara, tercakap kasaq, terguriskan hati Ummi. Ampunkan anak mu ini Ummi.
Ummi,
halalkan setiap titik susu Ummi yang Ummi bagi kat angah dulu.

SELAMAT HARI IBU, UMMI.





 LOVE YOU UMMI

Jumaat, 11 Mei 2012

19tahun umur untuk CHILL YAA!



Hai selamat malam,aku mula kan entri ni dengan gambar muka ju-on *first time aku pakai belit2 selain dari pashmina hitam tuh. kira ok la, pandai jugak aku nak belit-2 ni. Kenapa aku berbelit hari ni sebab nak pi sambut hari tua budak kelas aku, budak talkactive macam aku jugak. So kalau aku duk sebelah dia, memang riuh rendah la kelas. Ni la muka budak yang aku duk cakap tuh. nurdiena thahirah, si budak becok ^^ saya sayang awak lah. 




Lepak kat Kentucky Fried Ayam je pun. Kat perlis ni bila nak buat Mcd? Aku dah lapaq gila nak makan burger dengan milo large. Kat kfc, milo selalu regular je paling abih. Hmmm, aku bayar ok. Berbalik kepada celebrate besday ni, ada jugak si minah-2 gelak aku, Hafiny budak kereta sama, Quswa si diva dan Faezah sungmin. Korang bangga tak ada nama korang kat blog aku? Tak payah nak kembang kecut sebab blog aku tak popular pun. Hahaha. Untuk tatapan hangpa-2 jaa. Saya tak hot. Saya pemalu kan kan? :D
Dah nama pun nak sambut besday, mesti ada klik-2. Tapi hanya berbekal kan henpon 3310 aku yang diupgrade ke sony ericson jenis apa ntah. Kenapa aku tak rembat nikon? Nikon kakak aku jaga. Sebab duit dia la. Aku ni ptptn pun 1500 ja nak beli nikon? Haram, lepas tuh aku nak makan apa? Board nak buat wall model ke? MAGGI kedai rahmat? *errr, sri iskandar je yang tau RAHMATH. Because rahmath is king at SERI ISKANDAR. kau hadee?? Panjang jugak aku lari dari tajuk ni erk. Fine masuk gear 2 nak U-turn balik ke tajuk. So, tak banyak yang aku snap. Sebab aku tengah lapar masa tuh. Si diena ni bawak member kaum adam, lagi segan aku nak gila-2 nak glamour ng camera. Saya kan pemalu. :P 
Diena, kek yang hang beli memang sedap. Aku pun terliur nengok yer, tapi nak tau kenapa aku tak makan banyak kek hang tuh? Sebab saya DIET . on-diet mehh. Kek and coklat maaflah awak takkan masuk mulut saya dah. Goodbye baby goodbye. Besday aku nanti nak sambut kat surau, buat2 baca yassin pastuh malam lepak Movie ahhh.

Cer tgok gambar yang di snap oleh budak yang nak amek Art and design tak lepas dan kena sepak masuk DEPARTMENT BUILDING, cer la tengok. Tak lah se HOT macam dah photo tangkap.

Si diva

Aku gemuk kbye

Hang tak bagi strawbery tu kat aku

19 ke? not 55 y/o ke?

Si Tua

:D

Hang tak payah nak manja depan aku la wehh

Love u all

p/s: Aku nak strawberry tu diena, sebabkan hang tak bagi OK aku nak baju I love beijing nnti


Khamis, 10 Mei 2012

He dont love you anymore


Hai, selamat petang (yang baca pagi, selamat pagi. aku tulis ni petang *sambil makan pisang goreng ^O^. Perasanhotke,adakenakbacablogkaubee?) First, aku, hang, dia, makcik tu, kakak tu ,semua kaum hawa pernah kan rasa KECEWA? confirm pernah kan kan? So, mesti pernah menangis sampai merah hidung, mata bengkak kan? Kecewa sebab ditipu oleh lelaki si kaum adam. Pasangan yang tercipta untuk kita. Apa? Taknak alami dah rasa sakit tuh? Relax, keep reading... Saya pun pernah menangis , BUT NOT FRONT OF HIM (please dont begging for who dont love you anymore, its shame). Saya tunggu dia sampai saya form 5 walaupun saya dah berkapel dengan orang lain, jauh kat sudut hati saya , saya nak dia balik. Tetapi DIA BUKAN JODOH SAYA. Sampai sekarang saya ingat lagi senyuman dia. Ketawa dia. Baju oleng oleng yang dia suka sangat pakai tuh. But dia dah tak ingat saya, dia akan kahwin tak lama lagi. Hurmm, sedihkan? Tetapi saya bangun semula, selepas saya jatuh sebab tulang rusuk saya hilang. ^^ Keep smile. Ada banyak lagi kumbang. Hehehe. Saya delete gambar dia, saya block dia dari mukabuku, dan yang paling penting saya remove dia dari hati saya. Ini membuatkan saya semakin lapang. Hehehe. Saya pandang muka ummi saya, and said Thanks god, i'm not losing my mom, just a boy. Ok lah, kita cakap pulak pasal boy, tanda-2 mereka akan curang dengan anda ialah:


  1. Mesej dan calling calling
    Ini adalah tanda pertama yang kita akan kesan. Kalau mula-2 mesej dia kan begini

    "Hai,sayang (or apa yang uoll panggil) buat apa? I rindu la"

    Mesej tanpa henti, kalau you balas mesej lambat sikit je tanya sampai puas, pergi mana? kenapa? apa? Kalau nak gi berak pun nak ikutlah senang cerita. Mesej akan 24jam. Calling?, memalam pun sanggup g 7-11 untuk topup nak cakap dengan kita. Kredit habis,duit kering jawapanya SOS Topup for maxis, yang lain saya tak tau, saya setia pada hotlink hingga 2014 then nak tukar Celcom sebab parents saya pakai bilu-bilu. Telefon cakap benda merapu sebab rindu nak dengar suara la, suara mesti manja punya laa.
    Tapi bila dia mula usha aweks baik punya, dia punya mesej macamni je

    "ya" or "k" or "ikut u lah" or "ha"
    Calling, jangan cakap. kita pulak yang hegeh call dia. Kekadang angkat kekadang tidak. Kalau jawab pun nak tak nak je.
    So, bila dah jadi macam ni tindakan kita ialah 50% sayang dia. Spy guna kengkawan dia yang boleh diharap (sebab lelaki suka backup member dia) atau awak boleh spy dia sendiri melalui FB, TWEET-2 or anything.
  2. Komunikasi
    Kalau dulu selalu panggil baby, sayang, pa ma tetapi bila hati dia dah mula berpaling takde dah pangillan tuh,tiap-2 hari gaduh, dia mula cakap mencarut dengan you... so mula lah undur diri. Please jangan merayu walau sayang macammana pun sebab kita kan buat mereka lagi rasa diorang HEBAT. Jangan lupa , sekali kita putus cinta bermakna akan ada cinta baru untuk kita. So girl, please kalau dia dah curang takpayah serang-2 macam jepun attack Malaya but relax, let him go. Kita ada cinta yang bukan untuk dia, tetapi untuk yang lebih layak.^^
  3. Dating
    Memula kapel sabtu ahad jumpa kat Taiping Sentral, Taman tasik dan paling best SEKOLAH lah.*bagi yang kapel satu sekolah lah. Tapi bila hati dia bukan milik kita lagi, selisih bahu pun dia buat tak tahu. Kalau nampak kita, dia akan guna laluan lain. (Ingat kita tak nampak awak??) Ajak dating pun macam-2 alasan, sebelum ni "demi u, i sanggup". Kita akan rasa semakin jauh dengan dia, jauh sangat. Kenapa erk? Sebab kat hati dia bukan untuk kita dah. Dah ada yang lain. Daripada tunggu dia cakap "Let's break" baik uall cakap kat dia "The ends". Kalau dia cakap la kan kan masih sayang kat kita, kata "awak jangan tamak".
  4. Bergaduh
    Benda ni memang selalu kita alami kan, tapi selalu waktu manis-2, kita lah pemenangnya. Hadiah memang berlambak la kann. Penuh almari sebab sembunyikan dari ibu. Kalau dah bergaduh manja, benda tuh nak baling. Pastuh kutip balik.
     Kalau dia ada yang lain, bergaduh semua nak menang dia. Ayat pulak tak cover mcm dulu. Setengah lelaki ni, jenis tangan cepat. Saya benci laki macam ni... Tolonglah, kalau baru bercinta dah mula naik tangan, Hey girls, apa function mulut yang selalu membebel kat adik2 kat rumah tuh. Bagi je amaran keras paling sekeras-kerasnyaa...
Sebenarnya apabila kita bercinta sememang nya indah. Orang kata apa kentut pun wangi. Please la, aku kalau dia kentut, sihat erk u ni. Haha. Kita ni perempuan sekeras mana pun sifat luaran kita tapi dalam kita memang lembut macam gula-gula kapas tuh. *sedapnya, mana nak cari erk? Tapi jangan sampai lelaki mempergunakan kita, memperbodohkan kita. Yang pada duk frust putus cinta tuh, jangan la frust sampai nak bunuh diri ke, yang paling bodoh nak jadi tomboy sebab tak caya lelaki dah. Allah mencipta kita sebagai kaum hawa sebab memang kita berhak dan kita mampu untuk menjalankan tugas sebagai wanita. So, jangan bodoh gi tukar jantina. Useless thing.

Apa yang pasti, putus cinta bermakna akan datang lagi satu cinta yang mungkin lebih indah, Yang lebih layak dihati kita dan lebih elok yang dijodohkan untuk kita, So, think positif ok ok ok? Happy kan hidup, jangan down sebab lelaki. Kita ada hidup yang lebih indah kalau tak down sebab lelaki. Senyum tauu , hidup lebih indah. Pelukan kawan-kawan dan senyuman seorang ibu adalah benda yang anda perlukan semasa hilang kekasih. Happy go go go.

gambar yang takde makna dengan entri tapi nak tunjuk yang saya boleh hidup la tanpa awak EX sebab saya ada kawan saya